Permainan video J_Revolusi

J Revolusi
PembangunMedia Prima Labs
PlaySide Studios
PenerbitMedia Prima Digital
PelantarPermainan mudah alih
Keluaran17 Januari 2017
GenreAksi

Aplikasi permainan 'first person shooter' (FPS) berasaskan filem yang pertama di Malaysia telah dibangunkan oleh Media Prima Berhad menerusi anak syarikatnya, Media Prima Digital dan Media Prima Labs dengan kerjasama pembangun permainan video Australia, PlaySide Studios.[20][21] Permainan mudah alih J Revolusi membolehkan pemain memilih dua watak utama filem itu, Eddie dan Jay yang bertugas dalam Skuad Khas Elit Malaysia menyelesaikan misi menggunakan pelbagai senjata seperti M4 Carbine, MP5, Glock 18, SPAS12 dan Remington 700. Lebih menarik, watak Eddie dan Jay menyerupai pelakon utama filem ini, iaitu Zul Ariffin dan Izara Aishah, selain suara mereka berdua turut digunakan dalam permainan itu. Selain kesan grafik tiga dimensi (3D), bunyi dan muzik menarik serta latar canggih, permainan J Revolusi turut menampilkan latar bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas, menjadikannya dekat dengan pemain di Malaysia.[22]

Aplikasi permainan J Revolusi kini boleh dimuat turun secara percuma menerusi App Store dan Google Play Store, sekali gus menghangatkan kemunculan filem berkenaan. Pengurus Besar Kanan Kumpulan dan Operasi MP Labs, Nicholas Sagau, berkata pihaknya mensasarkan sebanyak 500,000 muat turun bagi permainan itu dalam tempoh tiga bulan ia dilancarkan.[23] Menurut Harian Metro dan Berita Harian, J Revolusi telah mencatat kira-kira 12,000 muat turun selepas seminggu dilancarkan. Malah turut tersenarai sebagai 10 permainan aksi teratas di Apple Store.[24]

Ciri-ciri permainan

  • Pilih Watak anda, bermain sebagai Jay (Zul Ariffin) atau Eddie (Izara Aishah).
  • Berman di tiga dunia yang berbeza - Kilang Perlombongan, Gudang dan pusat bandar.
  • Pemilihan pelbagai senjata untuk dipilih, dari M4 Carbine, MP5, Glock 18, SPAS12 dan Remington 700.
  • Pengedaran aksesori tambahan yang terdiri daripada Red Dot Sight, Advanced Combat Optical Sight (ACOG), Grenade Launcher dan Extended Magazine.
  • Dapatkan tunai permainan tunai untuk menaik taraf senjata dan aksesori.
  • Grafik, kesan visual dan audio yang memuaskan.

Rujukan

WikiPedia: J_Revolusi http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/filem-j-revo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/jaguh-mma... http://www.imdb.com/title/tt6505826/ http://www.malaysiakini.com/hiburan/346103 http://www.rafzantomomi.com/2017/02/j-revolusi-rev... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/17... http://says.com/my/tech/j-revolusi-shooting-game http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.astrogempak.com.my/artikel/3926/azad-ja... http://www.bharian.com.my/node/145677